close
Pergi ke kandungan

Colombia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Colombia
ريڤوبليك كولومبيا
República de Colombia  (Sepanyol)
Bendera Colombia
Bendera
Jata Colombia
Jata
Cogan kata: "Libertad y Orden"  (Sepanyol)
"Kebebasan dan Perintah"
Lagu kebangsaan: "Oh, Gloria Inmarcesible!"  (Sepanyol)
Lokasi Colombia
Ibu negara
dan bandar terbesar}
Bogotá
Bahasa rasmiSepanyol
Bahasa serantau teriktirafPerlembagaan menetapkan bahawa bahasa dan dialek kumpulan etnik adalah rasmi di wilayah mereka[1]
DemonimOrang Colombia
PemerintahRepublik berpresiden
 Presiden
Abelardo de la Espriella
Angelino Garzón
Hernán Andrade
Francisco Ricaurte
Kemerdekaan 
daripada Sepanyol
 Diisytiharkan
20 Julai 1810
 Diiktiraf
7 Ogos 1819
Keluasan
 Jumlah
1,141,748 km2 (440,831 bt2) (ke-26)
 Perairan (%)
8.8
Populasi
 Perkiraan April 2008
44,087,000 (ke-29)
 Bancian penduduk tahun 2005
42,888,592
40/km2 (103.6/sq mi) (ke-161)
KDNK (PPP)2005
 Jumlah
$337.286 bilion (ke-29)
 Per kapita
$6,724 (ke-81)
Gini (2006)52
tinggi
HDI (2007) 0.791
Ralat: Nilai IPM tidak sah (ke-75)
Mata wangPeso (COP)
Zon waktuUTC-5
Kod panggilan57
Kod ISO 3166CO
DPT internet.co

Colombia (sebutan bahasa Inggeris: /kəˈlʌmbɪə/) secara rasmi Republik Colombia (Templat:Audio-es, Templat:IPAes) ialah sebuah negara yang terletak di barat laut Amerika Selatan. Colombia bersempadan di timur dengan Venezuela[2] dan Brazil;[3] di selatan dengan Ecuador dan Peru;[4] di utara dengan Lautan Atlantik, melalui Laut Caribbean; di barat laut dengan Panama; dan di barat dengan Lautan Pasifik. Colombia turut berkongsi sempadan maritim dengan negara Caribbean seperti Jamaica, Haiti dan Republik Dominican dan negara Amerika Tengah seperti Honduras, Nicaragua dan Costa Rica.[5][6]

Kerajaan Colombia mengambil tempat dalam rangka kerja wakil presiden republik demokratik seperti ditubuhkan pada Perlembagaan 1991. Selaras dengan prinsip perasingan kuasa, kerajaan adalah terbahagi kepada tiga cabangan: eksekutif; perundangan; dan kehakiman. Ini dijalankan di sisi kawalan institusi yang khas (pejabat bagi Ketua Inspektor Colombia dan Comptroller General Colombia) dan pilihan raya institusi.

Pembahagian pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Colombia adalah terbahagi kepada 32 daerah dan satu ibu negara daerah penting, yang diperlakukan seperti satu daerah (Bogotá juga berperanan sebagai ibu negara bagi daerah Cundinamarca).

Image
 NegeriIbu negeri
1Flag of the Department of Amazonas AmazonasLeticia
2Flag of the Department of Antioquia AntioquiaMedellín
3Flag of the Department of Arauca AraucaArauca
4Flag of the Department of Atlántico AtlánticoBarranquilla
5Flag of the Department of Bolívar BolívarCartagena
6Flag of the Department of Boyacá BoyacáTunja
7Flag of the Department of Caldas CaldasManizales
8Flag of the Department of Caquetá CaquetáFlorencia
9Flag of the Department of Casanare Casanare  Yopal
10Flag of the Department of Cauca CaucaPopayán
11Flag of the Department of Cesar CesarValledupar      
12Flag of the Department of Chocó ChocóQuibdó
13Flag of the Department of Córdoba CórdobaMontería
14Flag of the Department of Cundinamarca CundinamarcaBogotá
15Flag of the Department of Guainía GuainíaInírida
16Flag of the Department of Guaviare GuaviareSan José del Guaviare
17Flag of the Department of Huila HuilaNeiva
 NegeriIbu negeri
18Flag of Nueva Esparta La Guajira  Riohacha
19Flag of the Department of Magdalena MagdalenaSanta Marta  
20Flag of the Department of Meta MetaVillavicencio
21Flag of the Department of Nariño NariñoPasto
22Flag of the Department of North Santander North SantanderCúcuta
23Flag of the Department of Putumayo PutumayoMocoa
24Flag of the Department of Quindío QuindíoArmenia
25Flag of the Department of Risaralda RisaraldaPereira
26Flag of the Department of San Andres, Providencia and Santa Catalina San Andrés, Providencia
and Santa Catalina
San Andrés
27Flag of the Department of Santander SantanderBucaramanga
28Flag of the Department of Sucre SucreSincelejo
29Flag of the Department of Tolima TolimaIbagué
30Flag of the Department of Valle del Cauca Valle del CaucaCali
31Flag of the Department of Vichada VaupésMitú
32Flag of the Department of Vichada VichadaPuerto Carreño
33Flag of Bogotá Capital DistrictBogotá

Hal ehwal luar negara

[sunting | sunting sumber]

Hal ehwal luar negeri Colombia diterajui oleh Presiden Colombia dan ditadbir oleh Menteri bagi Hal ehwal luar negara. Colombia mempunyai misi diplomatik dalam semua benua dan juga diwakili dalam pertubuhan-pertubuhan berbilang hala di lokasi yang berikut:

Ekonomi Colombia dijana oleh kekayaan sumber asli, populasi yang celik huruf dan mata wang yang bernilai tinggi. Setelah berdekad mengalami pertumbuhan kukuh (purata pertumbuhan KDNK melebihi 4% dalam tempoh 1970-1998), Colombia mengalami satu kemelesetan pada 1999 (tahun pertama penuh pertumbuhan negatif selepas 1929), dan pemulihan daripada kemelesetan itu adalah panjang dan menyakitkan. Ekonomi Colombia mengalami daripada permintaan domestik dan asing yang lemah, belanjawan kerajaan serius, dan konflik-konflik dalaman senjata yang serius.

Image
Penanaman Kopi Colombia, Quindio. Kopi merupakan export pertanian Colombia yang utama.

IMF Economic Indicators diterbitkan pada September 2006, menjangkakan GDP Colombia untuk mencapai US$156.69 bilion pada 2008. Inflasi telah berada di bawah paras 6% untuk 2004, 2005, dan 2006. Export utama Colombia termasuklah barang perkilangan (41.32% daripada export), petroleum (28.28%), arang batu (13.17%), dan kopi (6.25%). Secara tidak rasmi, dadah haram juga merupakan export terbesar.[7] Colombia adalah salah satu pengeluar terbesar pop-up book dalam dunia.[8]

Colombia juga merupakan pengeksport pertanian terbesar kepada Amwrika Syarikat. Ia junga mengeksport pelbagai jenis tanaman gula. Di dalam Amerika Latin, Colombia dikenali sebagai sebuah pembekal pakaian dalam, dengan industri yang berpusat di Medellín. Semua import, eksport, dan imbangan perdagangan umum adalah dalam tahap rekod, dan aliran dolar eksport telah menghasilkan penilaian semulayang cukup dalam Colombian Peso.

Masalah yang dihadapi oleh negara dari masalah sistem pencen hingga ke dadah berikutan pengangguran sederhana tinggi (12%). Beberapa institusi kewangan antarabangsa memuji penyusunan semula ekonomi yang diperkenalkan Presiden semasa Álvaro Uribe, yang termasuk langkah-langkah diambil untuk membawa defisit sektor awam di bawah 2.5% dalam keluaran dalam negeri kasar (KDNK). Dasar ekonomi kerajaan dan strategi keselamatan demokratik yang kontroversi telah menimbulkan satu perasaan yakin yang semakin mendalam dalam ekonomi, dan pertumbuhan KDNK dalam 2003 adalah antara tertinggi di Amerika Latin. pada Mei 28, 2007, majalah Amerika BusinessWeek menerbitkan sebuah artikel bertajuk Colombia the most Extreme Emerging Market on Earth.[9]

Bandar-bandar utama negara adalah:Bogotá; (merupakan ibu negara), Medellín (salah satu pusat industri utama di Colombia dan Amerika Selatan),Santiago de Cali; (pusat ekonomi ketiga utama di Colombia), Barranquilla: (pelabuhan utama negara), Cartagena (pelabuhan kedua negara Colombia dan adalah bandar raya pelancongan terbanyak Colombia,Cúcuta; (It is the principal Frontier city of Colombia dan "Zona Franca"" merupakan Colombia yang lebih aktif, di Amerika Selatan dan Amerika Latin).

Pelancongan

[sunting | sunting sumber]

Industri pelancongan di Colombia berkembang pada 1940-an dan telah mengekalkan pertumbuhan yang kukuh sejak dari itu. Destinasi pelancongan utama adalah Bogotá, Cartagena, Eje cafetero, Santa Marta, Medellín, Cali, Barranquilla, San Andrés Island among others, setiap satu mempersembahkan tarikan pelancong yang berlainan. Terdapat musim pelancong yang berbeza di Colombia, dua yang paling sibuk adalah berkaitan dengan sambutan keagamaan; holy week dan Kristmas, cuti umum yang lain termasuklah sambutan mengenai Kemerdekaan Colombia.[10]

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]
Image
Occidente tunnel, Antioquia.

Colombia mempunyai sebuah rangkaian lebuh raya kebangsaan diselenggara oleh Instituto Nacional de Vías atau INVIAS (Institut Kebangsaan Laluan Kenderaan) agensi kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan. Pan-American Highway melalui terus Colombia, menghubungkan negara dengan Venezuela di timur dan Ecuador di selatan.

Lapangan terbang utama Colombia adalah Lapangan Terbang Antarabangsa El Dorado di Bogotá. Beberapa sistem penerbangan negara (Avianca, AeroRepública, AIRES , SATENA dan EasyFly), dan sistem penerbangan antarabangsa (seperti Iberia, American Airlines, Varig, Copa, Continental, Delta, Air Canada, Air France, Aerolineas Argentinas, Aerogal, TAME, TACA) beroperasi dari El Dorado. Lapangan terbang Bogotá merupakan salah satu terbesar dan termahal di Amerika Latin. Oleh sebab lokasi tengahnya di Colombia dan Amerika, ia menjadi pilihan oleh penyedia pengangkutan darat, serta penyedia pengangkutan udara negara dan antarabangsa.

  1. Constitution of Colombia, 1991 (Article 10)
  2. Gerhar Sandner, Beate Ratter, Wolf Dietrich Sahr and Karsten Horsx (1993). "Conflictos Territoriales en el Mar Caribe: El conflicto fronterizo en el Golfo de Venezuela". Biblioteca Luis Angel Arango (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 2008-01-05.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. The Geographer Office of the Geographer Bureau of Intelligence and Research (1985-04-15). "Brazil-Colombia boundary" (PDF). International Boundary Study (dalam bahasa English). Dicapai pada 2008-01-05.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. CIA (2007-12-13). "Ecuador". World Fact Book (dalam bahasa English). Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-12. Dicapai pada 2008-01-05.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. (Sepanyol) Tratados Internacionales limítrofes de Colombia
  6. (Sepanyol) Colombia - Limites territoriales Diarkibkan 2011-07-07 di Wayback Machine
  7. Clune, Sara. "Colombia's illegal drug trade". Dicapai pada 2007-11-13.
  8. Montanaro, Ann. "A Concise History of Pop-up and Movable Books". Dicapai pada 2007-02-01.
  9. BusinessWeek, Colombia, The Most Extreme Emerging Market on Earth May 28, 2007
  10. "Colombia — Travel, adventure, action, eco-tourism and backpacking community the world over with ExtremeTourist.com". Dicapai pada 2007-10-03.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Kerajaan

Lain-lain